mutakhir

Tumpu 2 kawasan [METROTV]

Oleh Hidayatul Akmal Ahmad

SERAMAI 19 anggota unit khas termasuk K-9 dan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) terbabit dalam pencarian kanak-kanak yang dikhuatiri lemas di Bukit Permai, Ampang, semalam.

Penolong Penguasa Bomba, Muhammad Rizal Ismail berkata, operasi kini dibahagikan kepada dua kawasan.

“Bermula 8 pagi tadi sehingga sekarang, operasi mencari dan menyelamat dibahagi kepada dua kawasan. Pertama di kawasan sekitar belakang Flat Sri Johor yang menjadi tempat air berkumpul.

“Manakala lokasi kedua di sekitar Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2). Operasi akan diteruskan sehingga mangsa ditemui,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Terdahulu, seorang kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas ketika sedang bermain dengan rakannya berhampiran longkang sebelum terjatuh.

Difahamkan, rakannya cuba menyelamatkan mangsa namun gagal menyebabkan hanyut ke parit dan dipercayai memasuki Sungai Kerayong.

Berita berkaitan:

  • Budak jatuh longkang dikhuatiri lemas
  • Disiarkan pada: October 9, 2019 @ 1:49pm
    d