mutakhir

Maut elak 'steam roller'

Oleh Norizuan Shamsuddin

LELAKI warga emas maut apabila kereta dipandu dipercayai melanggar bahagian belakang jentera penggelek jalan atau ‘steam roller’ di Jalan Jenang Wakaf Tapai, di Marang, semalam.

Dalam kejadian 8.15 malam itu, mangsa, Mat Adam Embong, 72, disahkan meninggal dunia kemalangan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku sewaktu penggelek jalan yang dipandu lelaki berusia 56 tahun dalam perjalanan dari arah Jenang menuju ke tempat pembaikan jalan di Jalan Jenang-Wakaf Tapai.

“Apabila hampir tiba di lokasi, kereta dipandu mangsa dari arah sama melanggar bahagian belakang penggelek jalan terbabit.

“Kejadian menyebabkan mangsa cedera parah dan maut di lokasi kejadian, manakala pemandu penggelek jalan tidak dilaporkan tidak mengalami kecederaan.

“Mayat di bawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, siasatan lanjut berhubung kejadian dilakukan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Disiarkan pada: October 10, 2019 @ 9:02am
d