mutakhir

Mana ada PRN...

Oleh BERNAMA

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR), hari ini, menafikan dakwaan bahawa suruhanjaya itu sedang mengambil tindakan untuk mengadakan pilihan raya negeri di Perak berikutan tular surat mengenai lawatan ke sekolah sebagai pusat mengundi.

Pengerusi SPR Datuk Azhar Azizan Harun dalam kenyataan, hari ini berkata, lawatan ke sekolah-sekolah itu adalah urusan semakan yang dijalankan SPR dari semasa ke semasa.

“Urusan ini sedang berjalan di semua negeri seluruh Malaysia sejak Disember 2018 bagi tujuan melihat kesesuaian pusat mengundi sedia ada.

“Ini adalah untuk memastikan jumlah pengundi di sesebuah pusat mengundi tidak terlalu ramai,” katanya.

Media dalam talian terutamanya menyiarkan surat daripada Jabatan Pendidikan Negeri Perak kepada Pejabat Pilihan Raya Negeri Perak berhubung kelulusan dalam mengadakan lawatan ke sekolah-sekolah yang dijadikan sebagai pusat mengundi.

Azhar berkata, lawatan berkenaan juga adalah selaras dengan Seksyen 7(2) Akta Pilihan Raya 1958.

Azhar dalam pada itu menasihatkan pihak media atau orang ramai supaya merujuk kepada SPR terlebih dahulu untuk mendapatkan kepastian sebelum menyiarkan sebarang berita berhubung urusan pilihan raya bagi mengelakkan sebarang kekeliruan yang tidak sewajarnya kepada orang awam.

Berita berkaitan

Letak jawatan, bukan keluar parti

Disiarkan pada: October 10, 2019 @ 12:49pm
d