mutakhir

Pengurup wang disamun RM165,000

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

PENGURUP wang kerugian RM165,000 selepas premisnya di Jalan Ampang, Kuala Lumpur disamun dua lelaki bersenjatakan besi semalam.

Dalam kejadian 4.30 petang itu, dua lelaki memakai topi keledar dan penutup mulut masuk ke dalam premis terbabit sebelum membuka pintu dan mengarah mangsa yang berusia lingkungan 50-an tidak melawan.

Menurut sumber, kedua lelaki terbabit kemudiannya terus mengambil pelbagai mata wang asing bernilai RM100,000 di hadapan kaunter, manakala sebanyak RM65,000 lagi di bilik lain di belakang kaunter.

“Sebaik mengambil wang tunai itu, mereka terus melarikan diri dengan motosikal,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah mengesahkan kejadian itu.

Menurutnya, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan.

Disiarkan pada: October 11, 2019 @ 6:35pm
d