mutakhir

Belanjawan 2020: KPM ucap terima kasih

Oleh Idris Musa

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) amat berterima kasih kepada kerajaan kerana terus menjadikan kementerian itu sebagai penerima peruntukan terbesar dalam Belanjawan 2020.

Menurutnya, ini sekali gus memperlihatkan komitmen tinggi kerajaan untuk terus menyediakan kemudahan pendidikan berkualiti dan menyeluruh kepada rakyat, dengan mengambil kira cabaran semasa dan keperluan masa depan.

“KPM turut ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan telah memberikan keutamaan kepada sekolah kebangsaan dengan menyediakan peruntukan sebanyak RM300 juta bagi tujuan penyelenggaraan dan menaik taraf sekolah pada 2020,” demikian menurut kementerian itu dalam kenyataan, hari ini.

Belanjawan 2020 dibentangkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, hari ini, menyaksikan KPM menerima peruntukan terbesar sebanyak RM64.1 bilion bagi 2020.

Ia sekali gus mencerminkan komitmen kerajaan untuk melabur demi masa depan anak bangsa.

  • Lagi berita berkaitan Belanjawan 2020
  • Disiarkan pada: October 11, 2019 @ 9:26pm
    d