mutakhir

Jatuh dari tingkat 10 ke tingkat 6

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

LELAKI cedera kaki dan belakang badan selepas terjatuh ke lubang salur di sebuah pusat beli belah di Jalan Bandar Melawati, Ulu Klang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang Ariff Mohamed Kassim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.56 petang.

“Enam anggota bersama satu jentera ke lokasi dan sebaik tiba, kami dapati lelaki terjatuh ke dalam lubang berkenaan.

“Mangsa, R Thrisaaran, 26, dikatakan terjatuh dari tingkat 10 sebelum tersangkut di tingkat enam bangunan pusat beli belah itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ariff berkata, anggota bertugas menggunakan sistem takal penyelamat untuk turun ke lubang itu bagi menyelamatkan mangsa.

“Kami mengambil masa beberapa minit untuk mengeluarkan mangsa sebelum dia dibawa ke Hospital Ampang untuk rawatan lanjut.

“Difahamkan mangsa terjatuh selepas terpijak gentian kaca ketika melakukan kerja penyelenggaraan,” katanya.

Disiarkan pada: October 15, 2019 @ 5:20pm
d