mutakhir

Nasib baik sempat lompat...

Oleh Garret Dawum

LELAKI berdepan detik cemas apabila kren dipandunya hilang kawalan lalu merempuh tiang konkrit pada bangunan yang menempatkan sebuah hotel dalam kejadian di Jalan Borneo, di Kuching, semalam.

Dalam kejadian 3 petang itu, pemandu terbabit yang berusia 30 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Saksi kejadian, Mohd Rizal Kamarul Jaman, 23, berkata, pemandu terbabit dilihat sempat melompat keluar sebelum kenderaannya merempuh tiang konkrit di bangunan itu.

“Nasib baik ada tiang konkrit terbabit. Jika tidak, kren itu pasti akan merempuh kedai serbaneka 24 jam yang juga tempat kerja kami,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, ketika kejadian, mangsa memandu seorang diri dari Jalan Mathies menuju ke Jalan Bukit Mata.

“Sebaik tiba di lokasi, kren gagal dikawal dan merempuh tiang konkrit. Akibatnya, kren rosak di bahagian atas kabin dan cermin pecah di bahagian hadapan kiri serta kanan.

“Pemandu terbabit sudah disaman mengikut kesalahan Rule 10 LN166/59,” katanya.

Disiarkan pada: October 16, 2019 @ 10:27am
d