mutakhir

Perkasakan gerakan koperasi

PENDEKATAN ke arah memperkasakan gerakan koperasi di rantau Asia Pasifik perlu dibuat dengan mendekati masyarakat melalui aktiviti koperasi terutama dalam kegiatan ekonomi mengharmonikan kehidupan sejagat.

Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA), Datuk Abdul Fattah Abdullah yang juga Ahli Lembaga Pengarah Ikatan Koperasi Antarabangsa bagi rantau Asia Pasifik berkata, masyarakat ingin melihat apa yang boleh mereka perolehi menerusi koperasi.

Beliau berkata demikian selepas Mesyuarat ICA Asia Pasifik di Kigali, Rwanda, semalam.

Abdul Fattah yang juga Presiden ASEAN Cooperative Organisation (ACO) berkata, kesedaran masyarakat serantau untuk menggerakkan ekonomi secara bersama menerusi institusi koperasi amat dirasai kini.

“Konsep ‘HAN’ yang diamalkan di Jepun kini dipraktikkan secara meluas oleh koperator bertujuan mengurangkan kos sara hidup,” katanya.

Beliau berkata, dalam konteks Malaysia, usaha menangani kos sara hidup dibuat menggabungkan kerjasama semua koperasi untuk membuat pesanan belian secara pukal dan kemudiannya diagihkan kepada anggota.

Disiarkan pada: October 16, 2019 @ 3:23pm
d