mutakhir

PM terima kunjungan mangsa tembakan Christchurch

Oleh Siti A’isyah Sukaimi

PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menerima kunjungan daripada mangsa insiden tembakan rambang di Christchurch, New Zealand di pejabatnya, Bangunan Perdana Putra di Putrajaya, hari ini.

Gambar kunjungan Mohd Nazril Hisham Omar dan Rahimi Ahmad serta keluarga dimuat naik menerusi Twitter rasmi Perdana Menteri, @chedetofficial.

Menerusi penerangan yang dimuat naik, dalam pertemuan berkenaan, Mohd Nazril Hisham dan Rahimi berkongsi mereka tidak berdendam selepas kejadian tembakan rambang berkenaan.

“Sebaliknya bersyukur melihat sokongan yang diberikan rakyat dan Kerajaan New Zealand, malah melihat rakyat negara itu menunjukkan minat untuk memahami dan mempelajari berkenaan Islam,” kata kenyataan itu.

Mac lalu, media antarabangsa melaporkan, seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di dalam masjid di tengah Christchurch, New Zealand sekaligus menyebabkan sekurang-kurangnya 50 maut manakala puluhan lagi cedera.

Tembakan yang dilepaskan di dalam masjid di Hagley Park, Christchurch itu turut mencederakan tiga rakyat Malaysia iaitu Mohd Nazril Hisham, 46, Rahimi, 39, serta Mohd Tarmizi Shuib, 42.

Pada masa sama, kejadian itu turut mengorbankan seorang rakyat Malaysia, Mohd Haziq, 17, yang juga anak Mohd Tarmizi.

  • Lagi berita berkaitan Pembunuhan Christchurch
  • Disiarkan pada: October 16, 2019 @ 5:55pm
    d