mutakhir

Tanah runtuh di belakang apartment

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

HUJAN lebat sejak petang menyebabkan lereng di belakang Apartment Dahlia di Jalan Desa Country Homes, Rawang runtuh pada malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menerima panggilan mengenai kejadian tanah runtuh itu pada 9.41 malam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi JBPM Selangor berkata, tujuh anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang ke lokasi kejadian untuk melakukan pemeriksaan.

Menurutnya, sebaik tiba didapati ada kejadian tanah runtuh di belakang apartment terbabit berkeluasan 20x30 kaki persegi dengan ketinggian lereng adalah 150 meter.

“Bagaimanapun, kejadian itu tidak membabitkan mangsa dan merosakkan struktur bangunan,” katanya dalam satu kenyataan.

Disiarkan pada: October 18, 2019 @ 12:08am
d