mutakhir

Tampil futuristik

Oleh Nabil Basaruddin

MENAMPILKAN kelainan menerusi paparan penuh Waterfall FullView, tiga kamera termasuk lensa utama 64MP dan aplikasi pintar, Vivo mempertaruhkan keunikan tersendiri dengan peranti NEX 3.

NEX 3 menggabungkan inovasi terbaharu Vivo dengan menetapkan semula standard peranti utama kepada penggunanya dengan tawaran pengalaman mudah alih serba premium yang luar biasa.

Ketua Pegawai Eksekutif Vivo Malaysia, Mike Xu berkata, NEX 3 adalah peranti sempurna untuk pengguna yang inginkan peranti utama terhebat dalam kelasnya.

Katanya, paparan POLED Waterfall FullView yang begitu luas seolah-olah memaparkan skrin tanpa bingkai, membolehkan pengguna menikmati pengalaman visual dan interaktif dengan kelainan tersendiri.

“Gabungan tiga kamera memberikan tumpuan fokus yang penuh untuk kualiti gambar lebih mantap.

“Peranti ini juga hadir dengan bateri tahan lama yang disokong dengan prestasi pengkomputeran serta keupayaan kecerdasan buatan yang dinaik taraf.

“Dengan NEX 3, kami berjaya menjangkaui inovasi dalam industri untuk menyediakan pengalaman paling premium untuk pengguna dalam konteks dunia hari ini,” katanya pada majlis pelancaran Vivo NEX 3, semalam.

Xu berkata, NEX 3 diperkenalkan sebagai peranti yang tidak menggunakan butang fizikal serta mempunyai rekaan seamless dan kawalan sentuhan.

Menurutnya, dengan teknologi X-axis Haptic Vibration, peranti ini menggunakan butang dengan sensor tekanan, Touch Sense untuk pengalaman yang selesa dan futuristik.

“Malah, NEX 3 juga dilengkapi dengan kamera utama 64MP, kamera sudut lebar 13MP dan kamera telekospik 13MP yang mampu mengambil gambar dari sudut lebar, teleskopik dan makro.

“Sistem kamera ini mudah digunakan dan ia berkeupayaan menghasilkan gambar berdefinisi tinggi yang mampu memberikan sentuhan fotografi yang hebat,” katanya.

Tambahnya, kamera depan 16MP pula tampil berbeza dengan pop-up bagi memastikan operasi kamera lebih stabil sekali gus mewujudkan keseronokan untuk berswafoto.

NEX 3 terus diperhebatkan dengan Qualcomm Snapdragon 855 Plus dan memori kilat berkelajuan tinggi UFS 3.0 selain dilengkapi dengan kapasiti bateri 4,500mAh dengan sokongan pengecasan pantas, Vivo FlashCharge 22.5W.

NEX 3 boleh didapati dalam pilihan warna Glowing Night yang dijual pada harga pasaran RM3,899.

Jangan lupa gunakan tanda pagar #NEX3 #FutureBeyondEdges #vivoMalaysia untuk semua gambar atau swafoto anda jika gunakan peranti terbaharu ini!

Disiarkan pada: October 18, 2019 @ 11:00am
d