mutakhir

Sektor pengangkutan perlu ramai tenaga kerja mahir [METROTV]

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

SALAH tanggapan mengenai kekurangan peluang pekerjaan dalam sektor pengangkutan menyebabkan tidak ramai graduan atau anak muda yang memohon pekerjaan dalam sektor berkenaan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, sektor pengangkutan mempunyai bidang pekerjaan yang luas dan memerlukan tenaga kerja mahir bagi mengisi kekosongan jawatan.

Katanya, masyarakat kurang pendedahan dan menganggap peluang pekerjaan dalam sektor pengangkutan hanya pemandu, juruterbang dan kru kabin sedangkan banyak pekerjaan lain yang berhubung kait dengan sektor itu.

“Sektor pengangkutan ini luas iaitu di laut, udara dan darat. Sektor ini akan terus berkembang kerana setiap orang memerlukan perkhidmatan pengangkutan, jadi ia memerlukan banyak tenaga kerja.

“Umpamanya, dalam sektor penerbangan bukan saja memerlukan juruterbang, pramugara dan pramugari tetapi juga jurutera, pengurusan atas darat, petugas di lapangan terbang dan sebagainya.

“Dalam sektor maritim juga menyediakan banyak peluang pekerjaan di atas kapal, import dan eksport,” katanya.

Disiarkan pada: October 20, 2019 @ 5:31am
d