mutakhir

Exco meninggal dunia main futsal

Oleh Ramli Ibrahim

EXCO Majlis Belia Jajahan Gua Musang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika bermain futsal di Gelanggang Futsal KESEDAR, Gua Musang, malam tadi.

Mohd Khairi Harun, 31, juga Exco Majlis Belia Jajahan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Gua Musang 10.10 malam tadi.

Zamzani Harun, 48, berkata, ketika kejadian adiknya sedang bermain futsal dengan rakannya.

“Dia baru lima minit bermain sebelum mengalami sesak nafas. Dia kemudian rebah dan tidak sedarkan diri.

“Adik saya kemudian dikejarkan ke Hospital Gua Musang sebelum disahkan sudah meninggal dunia,” katanya.

Menurutnya, kali terakhir dia berjumpa dengan adiknya pada minggu lalu.

“Saya terkejut dimaklumkan perkara itu kerana adik tiada sebarang penyakit.

“Arwah tinggal di Kampung Tiong dan terkenal sebagai peniaga nasi kerabu golok di situ,” katanya.

Dia berkata, jenazah alan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Kesedar Petra Gua Musang, hari ini.

Disiarkan pada: October 22, 2019 @ 10:43am
d