mutakhir

Tak cukup 'korum' di mana-mana negara - PM

Oleh Mohd Husni Mohd Noor

ISU tidak cukup ‘korum’ pada sesi sidang Dewan Rakyat, 17 Oktober lalu pernah berlaku dalam mana-mana kerajaan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, beliau sudah berbincang perkara ini secara mendalam dalam mesyuarat Kabinet dan mendapati kebanyakan menteri berada di luar negara pada ketika itu.

“Sekarang ini banyak mesyuarat di peringkat antarabangsa yang perlu dihadiri oleh menteri-menteri dan bagi ahli Parlimen kerajaan pula, mereka kadang-kadang ada masalah lain.

“Kadang-kadang mereka (ahli Parlimen kerajaan) tiada dalam dewan tapi mereka ada dalam bangunan ini. Namun, mereka boleh dipanggil dengan membunyikan loceng sebagai amaran untuk hadir dalam Dewan Rakyat,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Katanya, soal tidak cukup korum ini dibangkitkan biasanya kerana sebab-sebab politik.

Sidang Dewan Rakyat pada 17 Oktober lalu terpaksa ditangguhkan selama 10 minit mulai 4.05 petang apabila jumlah anggota Parlimen yang tidak mencupi syarat ditetapkan.

Pada sesi itu, speaker terpaksa membunyikan loceng selama seminit apabila 26 daripada 222 orang anggota Parlimen tidak ada dalam Dewan Rakyat.

Disiarkan pada: October 22, 2019 @ 1:04pm
d