mutakhir

Banjir kilat landa ibu kota

Oleh Hidayatul Akmal Ahmad

HUJAN lebat hampir dua jam melanda sekitar ibu kota hari ini menyebabkan beberapa kawasan dilanda banjir kilat.

Antara kawasan terjejas adalah sekitar Datuk Keramat, Kampung Baru dan Terowong Sultan Yahya Petra.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Lumpur Kapten Aziana Hizazi berkata, seramai 15 anggota dan pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) ke lokasi terjejas bagi memantau kawasan banjir.

“Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) sudah tubuhkan tiga kumpulan pemantauan untuk ke lokasi pemantauan.

“Buat masa ini tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya.

Disiarkan pada: October 22, 2019 @ 9:49pm
d