mutakhir

Ajal mandi sungai

Oleh BERNAMA

LELAKI yang hilang ketika mandi di sungai Taman Rekreasi Sanglang, semalam, ditemui lemas di Kuala Sungai Udang, di Nibong Tebal, awal pagi hari ini.

Mayat D Kuldeep Singh, 36, ditemui nelayan, kira-kira 1 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, mangsa ditemui 1.17 pagi.

“Mayat kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, sebelum ini, bomba menerima maklumat lelaki mengenai kejadian lemas ketika mandi di sungai itu, 7.26 malam tadi.

“Kami menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi tersebut, namun gagal menemui mangsa“, katanya

Katanya, operasi SAR dilakukan dengan kaedah mencari di permukaan sehingga 10 malam sebelum ia dihentikan berikutan cuaca semakin gelap.

Menurutnya mayat lelaki itu telah dihantar ke Hospital Sungai Bakap (HSB) untuk dibedah siasat.

Disiarkan pada: October 24, 2019 @ 8:58am
d