mutakhir

Jadual perjalanan elak sesak di lebuh raya

Oleh BERNAMA

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) hari ini, mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) bagi pelanggan Lebuhraya Utara-Selatan antara 24 hingga 29 Oktober ini.

Ia bagi mengurangkan kesesakan sempena sambutan Deepavali.

Pengarah Urusannya, Datuk Azman Ismail berkata, pengguna dari Lembah Klang yang menuju ke destinasi lebih jauh seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Utara Perak dan Johor dinasihatkan supaya memasuki lebuh raya sebelum 9.00 pagi.

“Pelanggan yang menuju ke lain-lain destinasi yang lebih hampir dengan Lembah Klang pula disaran supaya memasuki lebuh raya selepas 3.00 petang,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya pengguna dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Utara Perak dan Johor yang menuju ke Lembah Klang bagi tempoh sama dinasihati memasuki lebuh raya sebelum 9.00 pagi, sementara pengguna lebuh raya dari lain-lain negeri atau destinasi yang lebih hampir dengan Lembah Klang memasuki lebuh raya selepas 3.00 petang.

Jadual TTA itu boleh didapati menerusi aplikasi PLUS Mobile App di Google Play Store atau App Store selain di laman web www.plus.com.my serta menerusi Twitter PLUSTrafik.

Disiarkan pada: October 24, 2019 @ 3:43pm
d