mutakhir

Kereta terbakar bikin sesak 5 kilometer...

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

KEBAKARAN kereta di Kilometer 44 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran persimpangan Rawang arah selatan, hari ini, menyebabkan kesesakan lalu lintas sejauh lima kilometer.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 11.33 pagi.

“Seramai lapan anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang dikejarkan ke lokasi.

“Sebaik tiba, kami mendapati sebuah kereta Mercedes Benz terbakar sebelum kebakaran berjaya dikawal beberapa minit kemudian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, kebakaran menyebabkan kenderaan itu musnah 80 peratus.

“Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian ini,” katanya.

Sementara itu, Lembaga Lebuhraya Raya (LLM) menerusi akaun Twitternya memaklumkan kejadian menyebabkan lorong kiri laluan berkenaan ditutup dan aliran trafik perlahan sejauh lima kilometer.

Disiarkan pada: October 26, 2019 @ 2:05pm
d