mutakhir

Mangsa banjir Johor meningkat

Oleh BERNAMA

MANGSA yang terjejas akibat banjir kembali meningkat kepada 91 orang daripada 21 keluarga selepas satu Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Pontian dibuka semula.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri Tan Chen Choon berkata, setakat 8 pagi ini, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Melayu Raya itu menempatkan penduduk daripada lima kampung yang dibuka pada 6.45 petang semalam.

Katanya, mangsa yang terbabit adalah penduduk Kampung Melayu Raya, Kampung Paya Embun, Kampung Maju Jaya, Kampung Sepakat Jaya dan Kampung Pak Khalid.

“Sebanyak 75 mangsa daripada 18 keluarga, dari lima kampung berkenaan mendapat perlindungan di PPS ekoran hujan lebat bermula 3 petang semalam.

“Selebihnya, 16 mangsa daripada tiga keluarga di Batu Pahat yang mengalami kejadian ribut,” katanya menerusi kenyataan, di Johor Bahru, hari ini.

– BERNAMA

Disiarkan pada: October 27, 2019 @ 10:27am
d