mutakhir

Sembunyi 'batu' dalam seluar dalam

Oleh Shamsul Munir Safini

TINDAKAN lelaki menyembunyikan dadah di dalam seluar dalam dipakainya gagal, sebelum diberkas polis di Seberang Jaya, minggu lalu.

Dalam kejadian 7.30 malam di Pangsapuri Ampang Jajar, Jalan Permatang Pauh itu, suspek berusia 26 tahun dilihat berada dalam keadaan mencurigakan sebelum ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, ketika ditahan, berlaku pergelutan antara suspek dan polis.

Katanya, pemeriksaan lanjut menemui satu sampul duit berisi syabu disembunyikan di dalam seluar dalam dipakai suspek.

“Semakan juga mendapati suspek mempunyai 12 rekod kesalahan lampau membabitkan jenayah dan dadah.

“Ujian saringan awal air kencing juga mendapati suspek positif dadah,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Disiarkan pada: October 28, 2019 @ 1:21pm
d