mutakhir

'Semoga dapat syahid akhirat' - Mufti WP

Oleh Idris Musa

Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berharap dan mendoakan semoga Allahyarham Mohd Firdaus Mohamad Hanif atau lebih dikenali sebagai Pitt Hanif termasuk dalam ketentuan syahid akhirat.

“Ini sebagaimana hadis diriwayatkan Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Orang mati syahid lima golongan iaitu orang mati kerana taun, mati kerana penyakit perut, mati lemas, ditimpa runtuhan dan syahid di jalan Allah.

“Buat Hajah Fauziah Nawi (ibu Allahyarham) dan keluarga, kesabaran dan ketabahan anda semua adalah contoh buat kami.

“Kami juga mendoakan anda sekeluarga supaya terus kuat menghadapi dugaan kehilangan insan tersayang. Kita yakin, banyak hikmahNya atas setiap musibah diberikan olehNya,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan di akaun Instagram miliknya hari ini selepas mengikuti laporan media mengenai pemergian Pitta.

“Sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah kepadanya. Semoga rohnya dicucuri rahmat, mendapat syahid akhirat dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh,” kata Dr Zulkifli. ⁣

Pitt sebelum ini dilaporkan hilang selepas bot gentian kaca dinaiki bersama rakan untuk memancing terbalik berhampiran Jambatan Gemunchur di Sungai Jelai, Pahang.

Mayat pengarah filem berusia 43 tahun itu ditemui pada 4.25 petang semalam selepas kira-kira 30 jam operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU2, Keramat di Kuala Lumpur pada 2 pagi hari ini.

Berita berkaitan

[UPDATE] Mayat Pitt dijumpai terapung

'Pitt... maafkan mama' - Fauziah Nawi [METROTV]

'Saya masih perlukan dia'

Fauziah Nawi sabar menanti...

Pitt cuba berenang untuk selamatkan diri

[UPDATE] Radius 3km cari Pitt Hanif

'Saya tahu awak kuat Pitt' - Farah

Anak Fauziah Nawi dikhuatiri lemas

Disiarkan pada: October 28, 2019 @ 4:58pm
d