mutakhir

Wang Manang... mantap geng

Oleh Idris Musa

“FUYUUU, my good fren (kawan baik saya) Wang Manang...!,” ciap Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menerusi akaun Twitter baginda @cheminahsayang.

Baginda berkenan membuat ciapan itu selepas tertarik dengan isu songket dan cabarannya dipaparkan akhbar, New Straits Times, hari ini.

“Kita semua pencinta tekstil tradisional akan terus menenun kain yang terbaik!

“Banyak bezanya antara tenun tangan dan tenun mesin dari segi kualiti, teknik dan corak... i’m so proud of u (saya bangga dengan kamu) Wang Manang! Geng saya ni,” titah baginda menerusi ciapan itu.

Paparan bertajuk ‘Will songket survive?’ itu berkaitan industri songket tempatan dan cabarannya dalam menghadapi persaingan dengan produk import.

Wan Manang Wan Awang, 65, yang berpengalaman 40 tahun dalam industri songket, yakin industri itu mampu terus berkembang walaupun berdepan cabaran.

Beliau dipetik sebagai berkata, selagi ada orang Melayu, kesultanan dan upacara adat, tuntutan untuk songket akan wujud, namun persoalannya adalah sejauh mana dapat mengharapkan permintaan itu kerana industri menghadapi cabaran daripada material kualiti rendah dan murah dari India.

Tinjauan beliau di pusat beli-belah di Pasar Payang, Kuala Terengganu, mendapati 90 peratus daripada songket dijual di sana dari India.

Disiarkan pada: October 28, 2019 @ 5:08pm
d