mutakhir

Dua warga Vietnam melecur

Oleh Mohd Sabran Md Sani

DUA warga Vietnam cedera akibat melecur selepas sebuah unit pangsapuri di Forest City, Johor Bahru, terbakar, semalam.

Kejadian itu mengakibatkan lelaki itu, Huang Van Duong, 42 dan seorang lagi wanita senegaranya dikejarkan ke Hospital Sultan Aminah (HSA) bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Komander Operasi, Penolong Penguasa Bomba Sarhan Akmal Mohamad berkata, Pusat Gerakan Operasi Negeri Johor menerima panggilan kecemasan pada 6.57 petang.

Katanya, seramai 19 anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri dan Skudai dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di pangsapuri berkenaan, kita dapati sebuah unit di tingkat 26 bangunan berkenaan terbakar.

“Terdapat 10 anggota bomba di Forest City sudah berada di lokasi kejadian yang diketuai Hamid Suari,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, operasi ditamatkan 9.14 malam.

Disiarkan pada: October 29, 2019 @ 9:50am
d