mutakhir

Mindanao dilanda gempa bumi

Oleh BERNAMA

GEMPA bumi kuat berukuran 6.7 pada skala Richter melanda wilayah Mindanao, Filipina pada 9.04 pagi, hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan ia berlaku 27 kilometer (km) di barat Digos City dengan kedalaman 10 km.

Koordinat gempa ialah 6.8° utara 125.2° timur, menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, ia tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

– BERNAMA

Disiarkan pada: October 29, 2019 @ 11:12am
d