mutakhir

'Terpulang kepada atlet'

Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus

KERAJAAN tidak akan memaksa mana-mana atlet untuk memakai pakaian patuh syariah ketika menyertai pertandingan sama ada di dalam mahupun di luar negara.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, kerajaan sebaliknya akan turut menggalakkan jika mereka (atlet) memilih untuk memakai pakaian patuh syariah.

“Kerajaan akan menyokong atlet tanpa mengambil kira apa pilihan pakaian sukan mereka.

“Jika mereka pilih untuk berpakaian sukan patuh syariah, kami akan sokong mereka kerana pada akhirnya sumbangan mereka kepada negara adalah sangat besar,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Shaharizukirnain Abd Kadir (PAS-Setiu) mengenai rancangan dan usaha kerajaan bagi memperkenalkan pakaian patuh syariah bagi semua aktiviti dan pertandingan sukan diperingkat tempatan mahupun antarabangsa.

Menurut Syed Saddiq lagi, atlet negara tahu mengenainya dan terpulanglah kepada mereka untuk membuat pilihan.

“Mereka tahu apa yang terbaik untuk mereka dan kita yakin rakyat Malaysia akan menyokong tidak kira apa yang mereka pakai,” katanya.

Disiarkan pada: October 29, 2019 @ 3:15pm
d