mutakhir

13 rumah hangus [METROTV]

Oleh BERNAMA

TIGA belas rumah di Kampung Baru Cina di Benta, Kuala Lipis, musnah dalam kebakaran, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Nor Hisham Mohammad bagaimanapun berkata, setakat ini, tiada kecederaan atau kematian dilaporkan.

“Kebakaran dipercayai berlaku 1.05 pagi dan bomba berjaya mengawal api kira-kira sejam 30 minit kemudian.

“Setakat ini, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Nor Hisham berkata, tiga jentera bomba, dua van Perkhidmatan Penyelamatan dan Perawatan Kecemasan (EMRS) serta sebuah jentera tangki air dengan kekuatan 20 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Lipis dan Raub dikejarkan ke lokasi kejadian.

Selain itu, operasi memadam kebakaran juga mendapat bantuan lima anggota Pasukan Bomba Sukarela Kuala Gali di Dong, Raub.

Disiarkan pada: October 30, 2019 @ 8:32am
d