mutakhir

50 motosikal hangus

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

LIMA puluh motosikal rosak selepas kedai motosikal di Jalan Seluang, Taman Tenaga, Kuala Lumpur, musnah dalam kebakaran, pagi ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 pada 3:36 pagi.

Komander Operasi, Mohd Azizi Abdullah berkata, jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Razak bersama jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan Bomba (EMRS) dikejar ke lokasi kejadian.

Menurutnya, seramai sembilan anggota terbabit dibantu BBP Hang Tuah dengan kekuatan 24 anggota dan BBP Cheras dengan tujuh anggota.

“Sebaik tiba mendapati kebakaran membabitkan sebuah kedai motosikal di tingkat bawah dan 50 motosikal.

“Kemusnahan membabitkan 80 peratus sebelum api dipadam sepenuhnya 4.35 pagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tiada mangsa yang terbabit dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Disiarkan pada: November 1, 2019 @ 8:59am
d