mutakhir

Maut dihempap 'forklift'

Oleh Amirul Aiman Hamsuddin

PEKERJA kilang maut selepas dihempap ‘forklift’ atau jentera angkat susun dipandunya dalam kejadian di premis di Bestari Jaya, Kuala Selangor, kelmarin.

Dalam kejadian 3.35 petang itu, mangsa Muhammad Vigaya Kumar, 39, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Md Asri A Wahab berkata, siasatan awal mendapati mangsa sedang mengangkat besi bersimen konkrit menggunakan jentera itu.

“Mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum forklift dipandu terbalik dan menghempap mangsa.

“Akibat kemalangan itu, mangsa parah di kepala dan maut di tempat kejadian,” katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tanjong Karang (HTK) untuk bedah siasat.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Disiarkan pada: November 2, 2019 @ 11:58am
d