mutakhir

JKM cari waris Chloe Pang Xian

Oleh Nor Farhani Che Ad

JABATAN Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kulim sedang mengesan waris kanak-kanak perempuan untuk membantu proses dokumentasi kanak-kanak itu.

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kulim, Manab Mehat berkata, kanak-kanak itu, Chloe Pang Xian yang berusia lima tahun dipercayai ditinggalkan bapa kandungnya kepada pasangan, Pang Soon Say dan isterinya Siew Yin Wah sejak tiga tahun lalu.

Kanak-kanak itu dikatakan diserahkan tanpa sebarang dokumen pengenalan yang sah atau dokumen berkenaan ibu bapa kandungnya di kedai kopi di Taman Bersatu, Kulim.

Satu permohonan perintah mengikut Seksyen 19(2)(a) Akta Kanak-kanak diperintah pada 15 Oktober lalu dan kanak-kanak itu kini tinggal di bawah jagaan sementara penjaganya kini.

Sehubungan itu, waris atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pelindung Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kulim, Munirah Athirah Abdul Aziz di talian 04-4907403.

Disiarkan pada: November 2, 2019 @ 1:07pm
d