mutakhir

Meninggal dunia dalam tandas

Oleh Mohd Roji Kawi

ANGGOTA bomba dipanggil bagi membantu membuka pintu tandas di sebuah rumah di Taman Kemena Sutra, Kuching hari ini selepas lelaki dikhuatiri tidak sedarkan diri dalam tandas itu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan pada 5.23 petang.

Beliau berkata, lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu dikejarkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, anggota kami memanjat tingkap tandas dan mendapati lelaki dewasa terbaring di lantai dan tidak sedarkan diri.

“Bomba kemudian menghubungi pihak perubatan dan polis supaya hadir ke lokasi untuk memastikan keadaan lelaki itu,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pihak perubatan yang tiba di lokasi mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia dan menyerahkannya kepada polis untuk tindakan lanjut.

Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Bintulu untuk dibedah siasat.

Disiarkan pada: November 4, 2019 @ 9:09pm
d