mutakhir

Sarapan percuma sebelum periksa

Oleh Mohd Khidir Zakaria

SERAMAI 202 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Yam Tuan Radin, Lukut, di sini, menerima sarapan percuma, semalam.

Pengurus Cawangan Co-op Bank Pertama Seremban Faridah Abdul Madza berkata, pemberian sarapan itu antara aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) pihaknya.

“Selain calon SPM, kita turut menyajikan sarapan percuma kepada semua guru di sekolah ini sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas pengorbanan mereka mendidik pelajar.

“Program ini kali pertama dianjurkan dan kami berhasrat meneruskannya di beberapa sekolah lain selepas ini,” katanya ketika ditemui selepas menyerahkan sarapan percuma kepada calon SPM di Dewan Budiman sekolah itu.

Sementara itu, pengetua sekolah berkenaan Nor Azah Abdul Aziz berkata, pihaknya berterima kasih atas sumbangan sarapan yang dapat memberikan tenaga kepada pelajar sebelum menduduki peperiksaan.

Beliau berkata, pihaknya sentiasa mengalu-alukan pihak swasta menyumbang kepada sekolah demi kebaikan dan kecemerlangan pelajar.

Disiarkan pada: November 6, 2019 @ 6:01am
d