mutakhir

Wanita diminta hadir bicara kes dadah

Oleh Rosli Ilham

POLIS mengesan wanita berumur 22 tahun bagi perbicaraan kes dadah di Mahkamah Majistret Dungun, 13 November ini.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, Noor Shafiqa Mohd Sofi yang beralamat di Kampung Gong Beris Pulau Kerengga, Marang sebelum ini gagal hadir di mahkamah sama untuk perbicaraan pada 30 Oktober lalu.

Beliau berkata, polis mengesan wanita itu yang dikehendaki bagi membantu memberi keterangan di mahkamah berhubung kes disiasat mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Polis meminta kerjasama orang ramai atau individu yang mempunyai maklumat berhubung individu itu supaya menyalurkan kepada polis kami.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun atau balai polis berhampiran atau hubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Suhada di talian 014-3990773 bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Disiarkan pada: November 6, 2019 @ 4:29pm
d