mutakhir

Rampas 20kg udang

Oleh Noor Hidayah Tanzizi

JABATAN Perikanan Perak menahan sebuah bot nelayan tempatan yang didapati menangkap ikan di kawasan tidak dibenarkan di perairan berhampiran Rungkup, Bagan Datuk, semalam.

Dalam kejadian 9.45 pagi itu, bot berkenaan dikesan pada kedudukan kira-kira 2 kilometer dari pantai Sungai Tiang, Rungkup.

Ketika itu, terdapat dua kru termasuk seorang warga Myanmar di dalam bot terbabit.

Ketua Pangkalan Utama Cawangan Perlindungan Sumber (CPS) Kampung Acheh, Mansor Yobe berkata, pemeriksaan mendapati bot berkenaan menangkap ikan secara pukat tunda di kawasan berhampiran pantai.

“Selain itu, bot yang berpangkalan di Sungai Tiang itu didapati menggunakan seorang kru warga asing.

“Susulan itu, dua lelaki yang berusia 27 dan 54 tahun ditahan untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, pihaknya turut merampas 20 kilogram udang dan kes disiasat mengikut Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985.

Disiarkan pada: November 7, 2019 @ 10:16am
d