mutakhir

1.9 juta liter minuman keras dilupuskan

Oleh Hasbi Sidek

JABATAN Kastam Diraja Malaysia (JKDM) melupuskan lebih 1.9 juta liter minuman keras dan 1032 batang rokok seludup bernilai RM12.41 juta di tapak pelupusan di Mambau, hari ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Paddy Abd Halim berkata, proses melupuskan barangan sitaan itu dijalankan selepas tiada pihak yang tampil menuntut barangan berkenaan sejak dirampas JKDM pada April lalu dan semalam.

"JKDM menerusi Ops Jaring pada April lalu berjaya menggagalkan usaha menyeludup sebanyak 1.9 juta liter minuman keras dianggarkan bernilai RM11.4 juta membabitkan cukai sebanyak RM54.96 juta di dua gudang di Pelabuhan Klang, Selangor.

"Manakala rampasan 10.32 juta batang rokok bernilai RM1.01 juta membabitkan cukai RM6.91 juta dijalankan semalam di pelabuhan sama," katanya pada Majlis Pelupusan Minuman Keras dan Rokok Seludup, di Seremban, hari ini.

Beliau berkata, siasatan untuk kedua-dua kes ini masih diteruskan dalam usaha membawa pihak yang terbabit ke muka pengadilan.

Disiarkan pada: November 8, 2019 @ 11:40am
d