mutakhir

Perundangan lebih ketat kekang aktiviti basikal lajak [METROTV]

Oleh Mohd Azam Shah Yaacob

PERATURAN dan undang-undang baharu yang lebih ketat diperlukan bagi mengekang kegiatan lumba basikal lajak di jalan raya membabitkan remaja di negara ini.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Mazlan Mansor berkata, ia juga bagi membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan penguatkuasaan lebih berkesan dalam menangani masalah itu.

“Kita akan melihat semula peruntukan undang-undang sedia ada dan akan berbincang dengan agensi penguatkuasaan lain bagi mencari kaedah terbaik mengekang masalah itu.

“Undang-undang lebih ketat diperlukan,” katanya pada sidang media selepas Upacara Perbarisan Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Kadet Inspektor Bilangan 5 Siri 1/2019 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, hari ini.

Isu basikal lajak membabitkan remaja semakin berleluasa selepas mereka dikesan berlumba di kawasan lalu lintas yang sibuk termasuk di lebuh raya.

Pada 4 Oktober lalu, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Azisman Alias mendedahkan bahawa polis sudah mengenal pasti 26 lokasi tumpuan kegiatan basikal lajak di seluruh negara.

Malah, beliau turut memaklumkan bahawa sejak Januari hingga Oktober lalu, sebanyak 116 basikal lajak dirampas dalam 13 operasi di Pulau Pinang, Perak, Selangor, Johor, Kelantan dan Sabah.

Pada 20 Oktober lalu, Mahkamah Majistret Johor Bahru melepaskan dan membebaskan seorang jurujual wanita daripada tuduhan memandu secara melulu hingga menyebabkan kematian lapan remaja yang berlumba berbasikal lajak pada 18

Disiarkan pada: November 8, 2019 @ 12:49pm
d