mutakhir

'Terbaiklah...murid SK Luagan' [METROTV]

Oleh Idris Musa

SEKOLAH sememangnya mampu berfungsi sebagai satu platform pendidikan yang dapat memupuk budaya hormat-menghormati.

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik menerusi catatan di akaun Twitter miliknya hari ini berkata, budaya menghormati perlu diterapkan kepada murid dan pelajar di sekolah.

“Lihatlah keperibadian anak-anak kita di Sekolah Kebangsaan (SK) Luagan (Keningau), Sabah ini.

“Mereka bersalaman dengan pengawal keselamatan,” katanya yang turut berkongsi klip video pendek memaparkan nilai murni di sekolah itu.

Perkongsian beliau itu mendapat pelbagai maklum balas daripada warganet di Twitter, antaranya pengguna yang menggunakan nama @ChannelMasjid memberikan ulasan, “Terbaekkk...”.

Seorang lagi pengguna Twitter dengan nama @dialhum mencatatkan, “Alhamdulillah. Anak-anak kita perlu ada kesopanan, kesusilaan, kesantunan”.

Disiarkan pada: November 8, 2019 @ 8:49pm
d