mutakhir

3 'kaki lalok' dicekup

Oleh Norasikin Daineh

TIGA kaki ‘lalok’ dicekup polis dalam satu operasi di sekitar Pekan Papar, kelmarin.

Dalam operasi 3 petang itu, lelaki tempatan berusia 23 hingga 34 tahun ditahan selepas ujian air kencing didapati positif dadah.

Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan Batholomew Umpit berkata, operasi dilakukan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik(BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar.

“Tiga lelaki ditahan dan hasil ujian saringan air kencing didapati positif dadah.

“Mereka kemudian ditahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam satu kenyataan media di Papaer, hari ini.

Katanya lagi, pihaknya dalam usaha untuk membanteras kegiatan penyalahgunaan dadah disamping mencegah aktiviti jenayah di daerah ini.

“Orang ramai diminta memaklumkan sebarang maklumat berhubung kegiatan berkaitan dadah dan jenayah yang berlaku di kawasan masing-masing kepada pihak polis atau balai polis yang berdekatan untuk diambil tindakan,” katanya.

Disiarkan pada: November 10, 2019 @ 12:31pm
d