mutakhir

Segerakan 5 projek

Oleh Muhamaad Razis Ismail

SULTAN Kelantan, Sultan Muhammad V berharap lima projek utama yang diluluskan Kerajaan Persekutuan dilaksanakan segera.

Sultan Muhammad bertitah, pelaksanaan projek itu penting supaya pembangunan ekonomi Kelantan dilaksanakan secara berterusan.

“Pengumuman Menteri Hal Ehwal Ekonomi yang meluluskan lima projek utama Kelantan iaitu pembinaan Lebuhraya Pantai Timur Fasa Tiga, projek menaik taraf lapangan terbang Sultan Ismail Petra, pembinaan jalan menghubungkan Pasir Puteh-Machang-Jeli, Lebuh Raya Central Spine Road dan pembinaan jambatan Palekbang-Kampung Cina dilaksanakan segera.

“Harapan beta, kerajaan negeri membantu dan bekerjasama dengan Kerajaan Pusat menyegerakan pelaksanaan projek ini,” titahnya dalam Isitiadat Pengurniaan Kehormatan Kelantan sempena Perayaan Ulang Tahun Keputeraan baginda ke-50 di Istana Balai Besar di sini, semalam.

Seramai 623 individu menerima darjah kebesaran, bintang, pingat dan Jaksa Pendamai.

Disiarkan pada: November 12, 2019 @ 6:15am
d