mutakhir

Lelaki bunuh ibu direman di wad psikiatrik

Oleh Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz

LELAKI yang menikam ibunya hingga mati di Taman Kampung Padang, Kuantan, semalam direman seminggu bermula hari ini.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman pada prosiding yang dijalankan di wad psikiatrik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusuf Ali berkata, permohonan reman dilakukan di HTAA berikutan suspek ditahan di wad itu sejurus ditangkap semalam.

“Suspek ditempatkan di wad kerana keadaannya dibimbangi boleh mendatangkan bahaya jika ditahan di lokap biasa.

“Majistret juga memerintahkan supaya suspek ditahan reman di Hospital Permai, Tampoi, Johor,” katanya, hari ini.

Turut hadir pada prosiding itu ialah Timbalan Pendakwa Raya Syarifah Nursyuhada Tuan Mamat dan doktor psikiatrik HTAA Dr Hanisah Mohd Nor.

Berita berkaitan

[UPDATE] 'Aku dah bunuh mak aku'

Wanita maut ditikam anak

[UPDATE] Tikam, bawa mayat ibu atas kerusi roda

Disiarkan pada: November 13, 2019 @ 4:25pm
d