mutakhir

Dua-dua boleh

Oleh Muhamaad Razis Ismail

PASUKAN Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga akan menggunakan bot Amphibian Humdinga bernilai RM4.9 juta bagi operasi menyelamat mangsa banjir di negeri ini.

Komander PPM Wilayah Tiga, Asisten Komisioner Norzaid Muhammad Said berkata, bot bersaiz 6.9 meter panjang dan 2.2 meter lebar itu baharu diperoleh dua minggu lalu mampu beroperasi di air dan darat.

“Bagi menghadapi mangsa banjir, PPM Wilayah Tiga sudah bersiap sedia dengan kekuatan 60 anggota dan aset. Kita juga mempunyai 10 bot penyelamat untuk digunakan bagi operasi menyelamat mangsa banjir.

“Pada tahun ini, PPM dibekalkan dengan bot Amphibian Humdinga yang boleh digunakan di kawasan air dan darat, sekali gus operasi menyelamat mangsa banjir dapat dilakukan lebih cekap,” katanya.

Norzaid berkata, tumpuan utama pihaknya adalah memindahkan penduduk sebelum banjir bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

Disiarkan pada: November 15, 2019 @ 6:10am
d