mutakhir

7 pelajar ditahan terbabit kes rogol

Oleh Abdul Rahemang Taiming

POLIS menahan tujuh pelajar tingkatan lima selepas dipercayai terbabit dalam kes rogol seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun di sebuah sekolah menengah di Tawau, semalam.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa ditemui seorang guru dalam keadaan separuh bogel di bilik suis di sekolah berkenaan.

Mangsa kemudiannya memaklumkan dia dirogol oleh dua daripada tujuh suspek manakala empat lagi mencabulnya.

Seorang lagi suspek dikatakan hanya melihat perbuatan keji rakan-rakannya itu.

Susulan itu, guru berkenaan memaklumkan perkara itu kepada ibu mangsa sebelum laporan polis dibuat pada jam 3.30 petang semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas, mengesahkan semua suspek berusia 17 tahun itu ditahan pada hari sama.

“Polis mendapatkan perintah reman terhadap semua suspek selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan,” katanya.

Disiarkan pada: November 16, 2019 @ 7:35pm
d