mutakhir

Teliti CCTV, cari siapa baling telur

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

POLIS akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berdekatan parkir kereta di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, susulan kejadian kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran dibaling telur, kelmarin.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, setakat ini, pihaknya masih menyiasat dan tiada sebarang maklumat lanjut berhubung insiden itu.

Menurutnya, kawasan parkir itu tiada CCTV dan pihaknya akan memeriksa di kawasan berdekatan.

“Kita juga memerlukan maklumat daripada orang awam bagi membantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Walimatul Urus Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Bank Muamalat Malaysia Berhad di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, hari ini.

Kelmarin MPV Prabakaran dibaling telur di kawasan parkir di sebuah restoran di Jalan Ipoh.

Kejadian itu disedari Prabakaran pada jam 12.45 tengah malam selepas bertemu dengan tiga kenalannya di restoran berkenaan.

Berita berkaitan

Kereta Ahli Parlimen Batu dibaling telur

Disiarkan pada: November 17, 2019 @ 2:47pm
d