mutakhir

1 treler, 5 kereta kemalangan

Oleh Nur Saliawati Salberi

ENAM kenderaan terbabit kemalangan di Kilometer 204.5 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara yang mengakibatkan kesesakan lebih tiga kilometer.

Kemalangan dikatakan berlaku 7.45 malam membabitkan treler dan lima kereta.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.57 malam sebelum 10 anggota termasuk pegawai bergegas ke lokasi.

“Operasi menyelamatkan mangsa kini giat dijalankan pasukan bomba dan setakat ini tujuh mangsa sudah dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Pasukan penyelamat kini sedang menunggu bantuan kren bagi mengalihkan treler dan dipercayai terdapat Perodua Myvi di bawahnya,” katanya.

Disiarkan pada: November 17, 2019 @ 11:52pm
d