mutakhir

#HarimauMalaya trending

Oleh Suraya Roslan

#HARIMAUMALAYA kini trending di Twitter apabila netizen mengambil peluang memberi kata-kata semangat buat pasukan kebangsaan yang bakal berdepan musuh tradisi, Indonesia dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam ini.

Sehingga 5 petang hari ini, #HarimauMalaya menerima 6,264 ciapan daripada netizen.

Seorang pengguna Twitter, @new25Luqman menyeru seluruh rakyat Malaysia mendoakan kemenangan buat pasukan negara.

"Mari kita doakan untuk kemenangan game malam ini, sama-sama kita menyokong Harimau Malaya! #HarimauMalaya," tulisnya.

Seorang lagi pengguna, @KeeshSundaresan dengan ciapan 'our country, our home, our team (negara kita, rumah kita, pasukan kita).

Bagi @FadzilZawani dia mengucapkan selamat maju jaya buat pasukan negara.

"Good luck to you guys, #HarimauMalaya Fight with high spirits to get the 3 points (semoga berjaya kepada anda, #HarimauMalaya berjuang dengan semangat tinggi untuk meraih 3 mata)," tulisnya.

Ucapan dan kata-kata semangat kini rancak diberikan menerusi media sosial kepada pemain pasukan Harimau Malaya agar dapat melakukan aksi terbaik dalam perlawanan malam ini.

Selepas mencatatkan kemenangan ketika menentang Thailand pada 14 November lalu, skuad Harimau Malaya pastinya mahu meneruskan rekod cemerlang di laman sendiri apabila sebelum ini juga berjaya menewaskan pasukan Garuda itu di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta pada 5 September lalu.

Di Twitter, #HarimauMalaya trending dan sehingga 5 petang hari ini menerima 6,264 ciapan daripada netizen.

Disiarkan pada: November 19, 2019 @ 5:53pm
d