mutakhir

Ibu bapa pendorong utama dalam menamatkan pengajian

Oleh UNITAR

TIDAK dinafikan, zaman pembelajaran adalah zaman yang paling banyak mengajar pelajar erti kehidupan. Segala detik kegembiraan dan kekecewaan yang dilalui secara tidak langsung membantu dalam membentuk pelajar menjadi individu yang berjaya.

Setelah bertungkus-lumus selama tiga tahun untuk menamatkan pengajian dengan cemerlang, pastinya hari konvokesyen adalah saat yang paling dinantikan setiap pelajar.

Baru-baru ini berlangsung Majlis Konvokesyen ke-7 UNITAR International University di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Lebih 2,000 pelajar dari 11 kampus cawangan UNITAR di seluruh negara berkumpul untuk majlis konvokesyen ini termasuk pelajar dari Libya, Brunei, Indonesia dan beberapa negara lain.

Graduan jurusan Sarjana Muda Terknologi Maklumat (Kepujian), Rahul Thomas, berkata dia mula mengorak langkah di UNITAR di bawah kursus multimedia namun lebih meminati bidang sekuriti alam maya (cyber security) dan mengambil keputusan menceburi kursus teknologi maklumat.

Katanya, antara sebab dia memilih untuk mengambil jurusan itu di UNITAR kerana yakin mempunyai potensi yang tinggi di sektor pekerjaan dalam jangka masa panjang.

“Bukan mudah perjalanan saya untuk memperoleh ijazah sarjana muda ini namun semuanya berjaya dilalui dengan sokongan keluarga.

“Kini, populariti bidang kerja sekuriti alam maya amat tinggi dan banyak peluang pekerjaan untuk pakar dalam bidang ini.

“Mulanya, risau juga peluang untuk mendapat pekerjaan, namun lega apabila mengetahui UNITAR mempunyai rakan kongsi industri lebih daripada 110 syarikat,” katanya.

Tambahnya lagi, kebanyakan pelajar lain selesa mengambil kursus yang popular tetapi dia mengikuti kursus yang lebih khusus di UNITAR supaya kepakarannya tidak boleh dinafikan.

“Selepas menghabiskan pengajian dan sementara menunggu majlis konvokesyen, saya diberi peluang menyertai kursus persijilan sepanjang dua bulan oleh Unit Transformasi Masyarakat India (MITRA) untuk memantapkan kemahiran.

“Terima kasih kepada UNITAR kerana menganjurkan perbincangan industri untuk memberi pendedahan selok-belok bidang pilihan saya. Kursus pendek dan perbincangan tersebut banyak membantu saya bersedia untuk memulakan pekerjaan,” katanya.

Kata Rahul, selain bidang perkomputeran, dia juga meminati pengurusan acara sejak kecil dan pada tahun kedua pengajian di UNITAR, dia menubuhkan syarikat pengurusan acara dengan beberapa orang pekerja.

Minat beliau itu juga secara tidak langsung sejajar dengan prinsip C.A.R.E. (collaborative, adaptive, reflective, entrepreneurial) oleh UNITAR yang ingin diterapkan ke dalam pelajar-pelajar mereka.

“Perbincangan industri yang dianjurkan UNITAR menimbulkan semangat keusahawanan dan sehingga kini saya masih tidak percaya syarikat saya boleh berjaya sebegini.

“Sejak mula menyertai UNITAR, saya mahu mengusahakan sesuatu yang lebih dari tugasan akademik sahaja. Mujurlah UNITAR menyediakan peluang pembelajaran sedemikian supaya saya boleh mengejar impian saya,” katanya.

Rahul juga akui dia kini lebih berkeyakinan untuk bercakap di hadapan orang ramai berbanding dulu.

“Sepanjang belajar di UNITAR dan juga mengendalikan pelbagai acara, saya sedar kini lebih yakin untuk bercakap dan lebih menonjol daripada sebelum ini.

“Ia juga membolehkan saya berasa lebih senang menyesuaikan diri tidak kira dalam apa juga situasi meskipun berada di tempat asing,” katanya.

Kongsi Rahul, selain ibu bapa, rakan juga banyak memberikan semangat dan motivasi sepanjang belajar di UNITAR.

“Ibu bapa saya sering memberikan nasihat supaya tidak berputus asa. Begitu juga rakan dan pelajar senior sering memberikan kata semangat. Ia sangat membantu apabila saya mula merasa penat untuk meneruskan pengajian,” katanya.

Bagi pelajar jurusan Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) berasal dari Filipina, Owengelo Rosalia, dirinya cukup tahu mengenai UNITAR kerana ahli keluarganya sendiri adalah lepasan universiti itu.

Kakaknya adalah graduan di UNITAR dan banyak meraih manfaat dari institusi ini sekali gus menimbulkan minatnya untuk belajar di UNITAR. Kini, ahli keluarga yang lain juga ada yang menyambung pengajian di UNITAR.

Owengelo adalah teladan prinsip C.A.R.E. di UNITAR, apabila keteguhannya melalui detik pahit ketika menjalani pengajian di UNITAR. Walaupun berhadapan dengan perpisahan dengan orang tuanya, Owengelo tabah mengemudi perubahan drastik tersebut sekali gus semangatnya itu sejajar dengan pelajar model UNITAR.

“Ada kala saya terpaksa meninggalkan kelas untuk menguruskan hal keluarga namun masih berjaya menghabiskan pelajaran. Apapun yang berlaku, mereka berdua tetap ibu bapa saya dan saya dapat meluangkan masa dengan mereka di samping mengejar tarikh penyerahan tugasan.

“Dengan segala pengalaman pahit itu, ada juga detik gembira yang saya dapat nikmati di UNITAR. Menyertai kelab dan persatuan di UNITAR serta menimba ilmu kehidupan dari pensyarah yang sedia membantu serta banyak menolong saya menghadapi kesukaran. Saya amat berterima kasih untuk segala pertolongan yang diperoleh di UNITAR,” katanya.

Sepanjang pengajian di UNITAR, Owengelo dapat merasakan dirinya kini lebih berkeyakinan berhadapan dengan orang ramai berbanding dahulu.

“Dulu saya pemalu, kini tidak lagi. UNITAR menawarkan fasiliti dan kualiti pendidikan yang sama dengan universiti yang lain, tetapi jauh lebih berpatutan.

“Yuran belajar di UNITAR berbanding dengan universiti swasta lain jauh lebih berpatutan. Pelajar juga mendapat pendidikan berkualiti, kemudahan dan persekitaran yang sama.

“Memandangkan UNITAR berada di satu bangunan yang sama, anda dapat berkenalan dengan semua orang,” katanya yang cukup selesa melalui pengalaman pembelajaran di kampus induk UNITAR.

Graduan ijazah Sarjana Muda Bimbingan dan Kaunseling (Kepujian) yang berasal dari Sabah, Melinda Chelsea Mickey, berkata mulanya dia meragui keputusannya melanjutkan pelajaran di kampus induk UNITAR di Kelana Jaya.

Katanya, dia berasa yakin keputusan yang diambil adalah tepat apabila menyedari pendedahan yang akan alami dan diperoleh di kampus induk itu.

“Suasana di kampus induk UNITAR amat selesa. Saya kagum melihat begitu ramai pelajar lain dari Sabah dan Sarawak, dan kami semua menjadi rakan erat.

“Ikutkan saya boleh sahaja menyertai mana-mana daripada 11 kampus UNITAR di seluruh negara, tetapi berpendapat kampus Kelana Jaya memberi kebebasan untuk meneroka kawasan bandar sekeliling dengan lokasi kampus di tengah kawasan-kawasan perdagangan komersial dan riadah.

“Kampus Kelana Jaya ini amat moden dan dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk e-perpustakaan dan kemudahan digital,” katanya.

Seorang lagi graduan UNITAR, Syed Fairul Syed Yahya Al-Mashoor, lulusan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) melalui kelayakan Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL).

Syed Fairul terlebih dahulu meraih sijil diploma sebelum meluangkan enam tahun bekerja dengan pelbagai syarikat multinasional.

Katanya, penantian yang mendebarkan sudah pun berakhir dengan segulung sarjana dan ingin menghadiahkan saat yang bersejarah ini dengan mengucapkan jutaan syukur dan terima kasih buat ibunya, Asmah Khalid di atas segala kesusahan dan keperitan sepanjang membesarkan dirinya dan juga adik-adik.

“Meskipun ibu saya tidak berkesempatan untuk menghadiri majlis konvokesyen diploma dahulu, kini Allah izinkan di peringkat sarjana.

“Biarlah sejarah kepahitan kita berlalu, menjadi ubat dan penawar kepada masa hadapan kita. Kini, saya akan memandang ke hadapan dan semoga dengan pencapaian di UNITAR ini akan membawa saya kepada kejayaan yang lebih besar lagi.

“Saya pasti pelbagai peluang akan terbuka untuk saya dengan ijazah ini dan saya teruja untuk melalui masa hadapan,” katanya.

Menurut Syed Fairul, perjalanan MBAnya tentunya tidak dapat dicapai tanpa bantuan UNITAR yang menerima pelajar berasaskan kelayakan APEL sekali gus membenarkan pelajar dengan pengalaman bekerja melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana.

Dengan adanya APEL, Syed Fairul berpeluang menimba ilmu ke peringkat sarjana dengan pengalaman kerja yang ekstensif. Beliau terus maju dan mencapai impiannya memegang skrol MBA.

Sementara itu, Naib Canselor UNITAR, Prof Dr Noor Raihan Ab Hamid, berkata semua pelajar nyata bersungguh-sungguh sepanjang melanjutkan pengajian di UNITAR.

“Walaupun menghadapi cabaran dan kesukaran, pelajar berjaya meraih ijazah masing-masing.

“Majlis konvokesyen ini adalah cara untuk pihak UNITAR menyatakan terima kasih kerana memberi inspirasi kepada universiti dengan dedikasi, kesabaran dan kepercayaan pelajar,” katanya.

Klik disini untuk mendaftar sekarang.

Untuk maklumat lanjut, hubungi 03 7627 7200, emel enquiries@unitar.my atau layari https://unitar.my/

Disiarkan pada: November 20, 2019 @ 12:42pm
d