mutakhir

Bangunan MAIWP terbakar

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

KUALA LUMPUR: Bangunan Wisma Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan ( MAIWP), Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur, terbakar, hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Kuala Lumpur terima panggilan kecemasan melalui talian MERS99 pada 1.27 pagi.

Komander Operasi, Jaya Mohan berkata, jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa, Hang Tuah dan Sentul dikejarkan ke lokasi kejadian membabitkan 33 anggota.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi lima minit kemudian mendapati kebakaran membabitkan bangunan di tingkat bawah yang dijadikan restoran.

"Kebakaran hanya membabitkan barangan perabut dan tiada mangsa.

"Kebakaran dapat dikawal pada 1.53 pagi dan padam sepenuhnya lapan minit kemudian," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, punca kejadian dan nilai kerugian masih dalam siasatan.

Disiarkan pada: November 23, 2019 @ 8:08am
d