mutakhir

Netizen kagum keutuhan cinta Tun M [METROTV]

Oleh BERNAMA

PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memanfaatkan cuti hujung minggu semalam dengan membawa isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali keluar bersiar-siar di sekitar Kuala Lumpur.

Menerusi beberapa gambar yang dimuat naik di media sosial, pemimpin berusia 94 tahun itu dilihat memandu sendiri kereta Proton ke ibu kota bersama isterinya.

“Sekali sekala bawa Hasmah dating di KL,” katanya dalam satu hantaran di Instagram @chedetofficial, semalam.

Pasangan romantis itu juga meluangkan masa menjamu selera di sebuah kafe dipercayai di Jalan Bukit Bintang.

Sehingga kini, hantaran yang mengandungi tiga keping gambar dan satu video itu telah memperoleh lebih 55,000 ‘likes’ dan 2,000 komen netizen.

Hantaran berkenaan turut mencuri tumpuan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang memberi komen berbentuk emoji hati (love).

Selain itu, rata-rata netizen juga mengagumi keutuhan cinta Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah selain mendoakan kesejahteraan dan kesihatan mereka berdua.

Antaranya @azurashafawi yang mendoakan “Moga Allah SWT sentiasa memelihara, melindungi dan merahmati Tun berdua.”

“So sweet,” kata @Maradiana manakala @rigneshgopal “Nice a good example for how to take care a wife.”

Disiarkan pada: November 24, 2019 @ 7:15am
d