mutakhir

Selamba jual dadah dalam rumah

Oleh Abdul Rahemang Taiming

SEORANG wanita warga Filipina berdepan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan selepas ditahan bersama 615.61 gram syabu dalam satu serbuan di Kampung Tagasan di Semporna, semalam.

Suspek berusia 20 tahun itu disyaki terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah sebelum ditahan menerusi Ops Tokan, kira-kira 4 pagi.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Sabarudin Rahmat berkata, serbuan dijalankan susulan maklumat risikan berkaitan aktiviti pengedaran dadah di rumah yang didiami suspek.

“Turut dirampas dua pacuan empat roda masing-masing jenis Toyota Hilux dan Ford Ranger, sebuah kereta Proton Saga, sebuah motosikal, dan dua televisyen dianggarkan bernilai RM209,900.

“Suspek kini direman selama tujuh hari bermula hari ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sabarudin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mandatori gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Disiarkan pada: November 25, 2019 @ 9:59pm
d