mutakhir

Remaja maut digilis lori

Oleh Erika George

REMAJA lelaki maut digilis lori kargo dalam kemalangan di Jalan Tanjung Kidurong, di Bintulu, semalam.

Kejadian yang berlaku di kawasan lampu isyarat pada 3 petang itu mengakibatkan mangsa, George Gorygory, 19, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila motosikal jenis Modenas GT ditunggang mangsa hilang kawalan lalu bergesel dengan lori di sebelah kiri.

“Akibatnya mangsa terjatuh dan terperosok di bawah lori sebelum digilis kenderaan terbabit.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang tiba di tempat kejadian akibat parah di kepala,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Bintulu untuk bedah siasat.

“Pemandu lori berusia 25 tahun pula tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 41(1)Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Disiarkan pada: November 27, 2019 @ 10:12am
d