mutakhir

Sentimen perkauman meningkat - Kit Siang

Oleh BERNAMA

PENASIHAT DAP, Lim Kit Siang percaya kerajaan Pakatan Harapan (PH) boleh menangani penyebaran berita palsu dan ucapan berbaur kebencian secara berkesan.

Katanya, berita palsu dan ucapan berbaur kebencian bukan sahaja boleh menghancurkan Malaysia yang bermasyarakat majmuk, tetapi dikenal pasti sebagai ancaman eksistensi ketiga terhadap manusia.

“Di Malaysia atau di seluruh dunia, persoalan mengenai berita palsu, ucapan berbaur kebencian mengatasi sifat manusia dan kita sepatutnya berupaya memeranginya,” katanya di forum Demokrasi Pada Era Polarisasi di Kuala Lumpur, malam tadi.

Lim yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri berkata, beliau sendiri pernah menjadi sasaran penyebar berita palsu di media sosial pada 2017 dan isu itu menjadi satu kebiasaan serta kelaziman dalam kalangan rakyat Malaysia.

Kebelakangan ini, beliau berkata, terdapat peningkatan dalam sentimen perkauman dan agama di negara ini dengan permasalahan diburukkan parti tidak bertanggungjawab, pihak yang mengambil kesempatan dan penyebar berita palsu.

Disiarkan pada: November 27, 2019 @ 11:00am
d